1. Apakah yang dimaksudkan Ar-Rahn?
Dari segi bahasa ia bermaksud tetap. Ada juga yang memberi maksud
menahan.
Dalam Bahasa Malaysia, ar-Rahn ialah gadaian yang bermaksud
pinjaman wang dengan menyerahkan barang sebagai cagaran untuk tempoh tertentu (Kamus
Dewan, 1993).
Dalam istilah fiqh, ar-Rahn bermaksud menjadikan sesuatu harta
sebagai cagaran atau gadaian atas sesuatu hutang untuk menjamin pembayaran
balik hutang tersebut.
2. Apakah yang dimaksudkan Marhun?
Marhun bermaksud barang yang digadai. Sesuatu gadaian tidak akan
berlaku jika tidak wujudnya marhun atau barang yang bernilai dan boleh
digadaikan. Barang yang hendak digadai ini mestilah milik sendiri dan bukan
barang yang dirampas atau barang yang dipinjam kerana gadaian ke atas kedua-dua
jenis barangan tersebut adalah tidak sah.
Islam menetapkan bahawa menerima marhun adalah satu rukun akad
Rahn. Oleh itu gadaian tidak dikira berlaku sehingga barang yang digadaikan itu
belum diterima oleh orang yang menerima gadaian
- Suci
dari segi syara’.
- Barang yang
hendak digadaikan perlulah barang yang boleh memberi faedah kepada
manusia.
- Barang yang
hendak digadai adalah hakmilik penggadai.
- Barang yang
hendak digadai tersebut mestilah dimiliki dan boleh diserahkan ketika
berlakunya aqad atau sighah.
- Barang yang
hendak digadaikan mestilah ditentukan harganya .
- Berlaku
penyerahan dan penerimaan barang yang digadaikan.
4. Apakah maksud penggadai?
Penggadai (Rahin) adalah orang yang menggadaikan barangan (marhun). Gadaian
tidak akan berlaku dan tidak dianggap sah jika tidak ada penggadai.
i.
Berakal
ii.
Baligh
iii.
Cerdik
iv.
Tidak dipaksa
v.
Berkuasa penuh ke atas diri dan hartanya
8. Apakah hukum bergadai ?
Hukum bergadai adalah diharuskan. Para fuqaha bersepakat mengharuskan gadaian,
sama ada dalam keadaan musafir atau tidak. Ini berbeza dengan pendapat mujahid
dan Ulamak Zahiriyyah yang memandang pensyariatan secara am di dalam Al-Sunnah
Bergadai adalah sesuatu yang disyariatkan di dalam Islam sebagaimana yang
dinyatakan dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 283.
“Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang dan memberi hutang
yang bertempoh), sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan
barang gadaian untuk dipegang (oleh orang-orang yang memberi hutang…)”
i.
Nilai gadaian merosot.
ii.
Mengenakan kadar faedah yang berlebihan.
iii.
Memberi nilai gadaian yang rendah.
iv.
Tiket gadaian sukar dibaca atau difahami.
v.
Mengenakan bayaran terhadap salinan tiket gadaian.
vi.
Melelong gadaian bernilai lebih RM100 tanpa memberitahu penggadai.
vii.
Wang lebih gadaian tidak dipulangkan.
viii.
Pemberitahu upacara lelong tidak disebarkan seluasnya.
ix.
Pemegang pajak gadai menuntut wang pendahuluan.
11.Apakah objektif Skim A-Rahnu diperkenalkan?
i.
Menyediakan kemudahan kredit mikro kepada ummah khususnya kepada
mereka yang memerlukan wang segera untuk pelbagai tujuan.
ii.
Menggalakkan umat Islam melakukan gadaian mengikut syari’ah Islam
dan membebaskan mereka daripada berurusan dengan sistem yang mengandungi
unsur-unsur riba.
iii.
Memberi kesedaran kepada penggadai bahawa Skim Ar-Rahnu ini
mengenakan upah simpan yang minimum iaitu separuh daripada kadar yang dikenakan
oleh kedai pajak konvensional iaitu 24 peratus.
iv.
Memberi kesedaran kepada umum bahawa mereka terdedah kepada
unsur-unsur penyelewengan apabila mereka melakukan gadaian di kedai-kedai pajak
gadai konvensional.
12. Apakah keistimewaan Skim Ar-Rahnu sebagai Program Mikro
Kredit?
i.
Mekanisme pemberian kredit yang cepat (tanpa kerenah biroraksi)
ii.
Kos pemberian kredit yang relatifnya murah (berbanding dengan
skim-skim mikro kredit semasa)
iii.
Pembayaran balik pinjaman tidak lagi merupakan masalah. (barang
emas dijadikan sandaran kepada pembiayaan yang diperolehi)
iv.
Menjadikan barang emas yang lebih produktif. (barang emas kini
boleh dijadikan sebagai modal)
13. Apakah syarat barang gadaian?
i.
Barang emas yang mempunyai mutu emas (Standard Ketulenan Emas)
yang dibenarkan iaitu 999, 950, 916, 875, 835, 750.
ii.
Dalam menentukan nilai marhun , batu permata tidak diambil kira
dan tidak perlu dikeluarkan, hanya perlu menolak berat batu-batu berkenaan
secara anggaran.
iii.
Milik sendiri, pasangan, ibu bapa atau keluarga terdekat.
iv.
Wujud semasa urusniaga.
v.
Jumlah maksimum pinjaman adalah 60% atas nilai marhun atau
maksimum RM5,000.00.
14. Apakah objektif penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau?
Penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau bermatlamat untuk menjadi wahana /
platform (forum) peringkat serantau bagi tujuan menyelaras operasi Skim
Ar-Rahnu/ Penggadaian Syariah dan membantu menyelesaikan isu berbangkit di
peringkat anggota, di samping membantu dan menggalakkan pertumbuhan. Serta
perkembangan perkhidmatan Program Mikro Kredit (Skim Ar-Rahnu) di kalangan
anggota Sekretariat membolehkan kumpulan sasar mendapat manfaat optimum.
i.
Memberi komitmen sepenuhnya dalam usaha mencapai objektif
penubuhan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau.
ii.
Mendapatkan pengiktirafan dari Kerajaan negara anggota
masing-masing.
iii.
Membekalkan informasi terkini dari semasa ke semasa untuk
dikemaskini di dalam laman web rasmi Sekretariat dalam usaha mewujudkan
jaringan komunikasi di kalangan anggota Sekretariat.
Membantu institusi-institusi anggota Sekretariat dalam memaju dan
memperkukuhkan pelaksanaan Pajak Gadai Islam/ Pegadaian Syariah.