Dalil Zakat Emas dan Perak

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:- Firman Allah SWT : Maksudnya "...Dan (ingatlah) orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah at-Taubah : 34)


Terdapat 2 keadaan untuk pembayaran zakat emas.

· Emas Yang Disimpan
Emas disimpan membawa maksud emas yang tidak dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun . Jika emas itu menyamai atau melebihi kadar nisab (85 gram), maka diwajibkan zakat ke atasnya sebanyak 2.5% atas nilai emas sahaja.

Contoh : emas yang disimpan bernilai RM 10,000 (nilai emas semasa) x 2.5% (kadar zakat)= RM250.00 (zakat wajib dibayar)

· Emas Yang Dipakai
Emas yang dipakai sebagai perhiasan oleh wanita sama ada sekali-sekala atau secara berterusan tidak dikenakan zakat sekiranya ia tidak melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan). Penggunaan URUF ini banyak digunakan oleh pelbagai golongan khususnya bersandarkan kepada Imam An-Nawawi yang berpegang kepada mazhab Asy-Syafie. Sebagai panduan, buat masa ini kadar URUF yang digunakan di Pulau Pinang adalah sebanyak RM 5,000.

Contoh: Seorang wanita yang memiliki dan memakai emas sebagai perhiasan diri bernilai RM 10,000, maka zakatnya ialah sebanyak:
RM10,000 X 2.5% = RM 250.

Hanya berat/harga emas dikira untuk pengiraan zakat tanpa mengambil kira batu-batu permata, berlian, delima, zamrud dan lain-lain.

· Perak
Wajib zakat pada perak lima auqiyah. [satu auqiyah=40 dirham. (5 x 40 = 200 dirham)].
Ijma' ulama' telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.