Ini bermula dari kerajaan. Kerajaan tidak ada
wang dan memerlukan 10 billion US dollar untuk membiayai perbelanjaan kerajaan
untuk hari – hari mendatang. Kerajaan melalui Pembendaharan (Treasury) akan
pergi ke Fed kerana itulah FED ditubuhkan (membekal wang).
Pegawai FED akan mengeluarkan sebuah cek besar dan
memberikan cek tersebut kepada kerajaan Amerika Syarikat. Pada peringkat ini
kita harus bertanya dari mana wang ini datang. Jawapannya wang tidak ada !
Checking Akaun pun tiada , yang ada hanya buku cek. Wang itu wujud ketika
pegawai FED menandatangani cek tersebut. Dicipta atas angin dan dipinjamkan
kepada kerajaan dengan bunga (interest).
Jika kamu dan saya berbuat demikian kita akan
masuk penjara. FED boleh melakukannya kerana kongres AS yang mahu FED berbuat
demikian. Kita akan lihat kemudian kenapa .
Pegawai Perbendaharaan akan mendepositkan cek tersebut
kedalam akaun kerajaan di salah satu Federal Reserve System Bank (secara
teknikalnya bukan Bank pun) dan kerajaan mula menulis cek untuk membayar
perbelanjaan projek – projeknya . Marilah kita lihat bagaimana sebahagian kecil
wang ini berada dipihak Bank Kormersial.
Apabila wang ini meninggalkan bahagian kerajaan, ia akan
masuk kedalam perbankan kormersial. Sebagai contoh, seorang Posmen menerima cek
100 US dollar dan mendepositkannya kedalam bank berhampiran. Bank dengan cek
100 US dollar tersebut mengistiharkan bahawa bank tersebut boleh memberi
pinjaman. Ini menyebabkan mereka yang menunggu untuk mendapatkan pinjaman
bergembira, kerana itulah tujuan mereka pergi ke bank untuk mendapatkan
pinjaman. Setengah orang akan rasa ragu – ragu kerana hanya 100 US dollar
sahaja dideposit. Pegawai Bank berkata jangan bimbang, kami boleh memberi pinjaman
sehingga 900 US dollar. Bagaimana ini boleh berlaku ?
Ini boleh berlaku kerana FED telah mensyaratkan minima 10%
pinjaman mesti disimpan ( rizab berkanun – fractional reserve banking). Oleh
kerana 100% dari 10% (100 USD) adalah 1000 US dollar, maka Bank boleh memberi
pinjaman 900 US dollar dan 100 US dollar disimpan melalui deposit Posmen
tersebut. Pada peringkat ini kita harus bertanya dari mana pulak wang ini
datang. Jawapannya tidak ada. Wang ini datang dari atas angin dan wujud ketika
mana anda dan saya menandatangani perjanjian pinjaman tersebut.
Kesimpulannya, atas keputusan kerajaan yang memerlukan 10
billion US dollar, sebanyak 100 bilion US dollar wang baru dicipta atas angin –
semuanya diberi pinjaman dengan interest oleh pihak bank. Interest atas angin.
Perbezaan antara kegunaan wang oleh kerajaan dan bank
adalah seperti berikut. Kerajaan menggunakan wang kosong tersebut untuk
membayar projek mereka sedangkan bank meminjamkan wang kosong tersebut untuk
projek kita dengan interest dan mengadaikan asset kita untuk mereka. Bank akan
mengambil asset kita jika kita gagal membayar interest. Ketika bank mengutip
keuntungan melalui interest , hasil dari usaha kerja kita akan kembali ke bank
dalam bentuk interest. Tidak kira samada ketika makmur atau mundur ekonomi,
bank mesti menang kerana mereka dicipta sedemikian. Jika kita gagal membayar
interest keatas wang yang sebenarnya tiada, bank akan mengambil kereta kita,
rumah kita, habis semua asset kita kerana kita telah membuat perjanjian gadaian
dengan mereka.
Kamu pasti tertanya – tanya bagaimana bank yang mengutip
interest keatas wang yang mereka tiada dan memegang asset kita, boleh
bermasalah sebagaimana yang berlaku sekarang. Jawapannya ialah kerana terlalu
tamak, mereka memberi pinjaman terlalu banyak dengan deposit yang terlalu
sedikit. Jika peratusan kecil sahaja pinjaman gagal dibayar, bank akan gagal
memenuhi rizab berkanun mereka. Inilah yang berlaku sekarang tetapi secara
salah disebut sebagai krisis kredit. ( Bank kekurangan kecairan – tunai).
Krisis sekarang adalah berpunca dari over extension keatas kredit dengan rizab
yang kecil. Menghadkan kredit adalah berpunca dari rizab yang tidak mencukupi.
Atas sebab diatas seluruh sistem FIAT hanyalah rumah yang
dibina atas kad sahaja, apabila ribut berlaku rumah kad tersebut akan runtuh.
Semakin tinggi leverage tersebut, semakin tinggi risiko untuk jatuh.
1. Hilangnya kuasa beli dan inflasi
Oleh kerana wang Fiat ini kosong, maka setiap kali
diwujudkan dan disuntik kedalam ekonomi, nilainya akan menjadi susut. Ini
seperti menambah air pada semanguk sup – sup menjadi semakin cair. Kita
mengalaminya dengan kehilangan kuasa beli atau disebut sebagai inflasi atau
fenomena kenaikan harga barangan.
Bank – bank Pusat dengan mencipta wang atas angin ini menjadi
pemusnah kepada kuasa beli dan menyebabkan harta hanya berlegar melalui
institusi bank dan individu (interest atas wang kosong) yang sedikit sahaja
atas orang ramai yang menjadi semakin miskin setiap hari.
Siapa yang mendapat keuntungan dari system ini dan siapa
pula yang rugi ? Bagi setiap mereka yang rugi, mesti ada yang untung. Mereka
yang mendapat keuntungan ialah mereka yang mula – mula mendapatkan manfaat dari
wang baru ini. Kerajaan yang mendapat cek mula 10 billion US dollar dan Bank
yang mengeluarkan 900 billion US dollar pinjaman , seterusnya peminjam dan
kitalah yang akan mendapat semua susut nilai atas wang baru yang disuntik dalam
ekonomi. Yang rugi selalunya kita, yang menang adalah kerajaan dan bank.
Tak kira apa pun orang kata, inflasi adalah cukai yang
tersembunyi. Kerajaan lebih suka membelanjakan wang baru dari mengutip cukai.
Inilah polisi kerajaan Amerika. Itulah sebab ahli politik lebih suka pada
penciptaan wang atas angin dengan bekerjasama dengan kartel perbankan.
2. Agenda tersembunyi Federal Reserve System
Jika kita percaya, tujuan penubuhan Bank Pusat dan FED
adalah untuk menstabilkan system perbankan dan ekonomi kita, maka mereka telah
gagal, kerana ini bukanlah tujuan sebenar mereka. Tujuan sebenar mereka boleh
dilihat pada empat objektif :
1. Memudahkan dan menambahkan kuasa bank – bank besar (big
banks) di Wall Street.
2. Trend kepada pembentukan modal swasta.
3. Mengurus bailout – pelan penyelamat keatas ahli – ahli
kartel yang bermasalah
dengan menggunakan wang pembayar cukai.
4. Menambah kuasa dengan membeli kepentingan melalui
kekayaan dari tiga objektif
diatas.
Federal Reserve System ditubuhkan oleh tujuh orang
individu dengan mereka , ketika itu, memiliki 25% dari kekayaan dunia. Akta FED
diubahsuai lebih dari 100 kali sejak ia ditubuhkan , kita lihat sekarang, kuasa
FED adalah terkuat sepanjang sejarah bila berlaku krisis kredit ini.
Adakah mereka berjaya mencapai objektif 1 mereka ? Ya
mereka berjaya. Walaupun ada bank disana sini tetapi sangat kerdil berbanding di
New York.
Akta Federal Reserve dicipta oleh kartel perbankan. Ini
seolah – olah menjemput serigala membina rumah untuk ayam dan membuat system
kawalan untuk ayam tersebut.
Apa yang perlu kita sedari bahawa FED sebenarnya adalah
kartel perbankan. Apa yang mereka buat ialah menggunakan perkataan federal
(bunyi macam milik kerajaan), reserve seolah – olah ada rizab simpanan dan
system seolah – olah ada 12 kawasan bank yang berpusat di New York.
3. Pembentukan modal swasta (Private Capital Formation)
Pada akhir abad ke 19 , korporat dan individu lebih
cenderung untuk melakukan simpanan kecil dari keuntungan mereka bagi melabur
dalam R&D. Pada masa itu bank – bank gelisah mencari jalan bagaimana
korporat dan individu dapat memberikan wang mereka kepada bank untuk
dipinjamkan kepada orang lain. ( Bank mendapat untung melalui interest atas
pinjaman ). Mereka akui cara yang efektif ialah dengan menurunkan interest
rate. Tetapi ketika itu adalah mustahil untuk melaksanakannya kerana orang
ramai berinteraksi dengan emas dan perak. Sukar mempengaruhi manusia lain
ketika emas dan perak tertakluk kepada demand and supply. (Permintaan dan
bekalan )
Jadi mereka mempengaruhi manusia untuk mendapat kuasa
dengan mengatakan kita perlu kepada matawang yang stabil. Matawang yang stabil
bagi mereka ialah wang atas angin dan kuasa menurunkan dan menaikkan interest
rate dibawah bidang kuasa Bank Pusat.
Inilah permulaan kepada rizab berkanun (fractional
banking). Mulanya mereka meletakkan rizab pada emas dan perak pada 30%, naik
60% dan, dibawah president Nixon awal 70an, mereka putuskan terus dan menjadi
pure wang FIAT, tidak ada lagi rizab pada emas atau perak.
Dengan menurunkan interest, mereka berjaya menarik
perniagaan dan individu meminjam pada rate yang rendah. Apa yang tidak
diketahui orang ramai ialah interest boleh naik kemudian dan ekonomi boleh jadi
menurun. Orang ramai akan menghadapai kesukaran membayar ketika interest naik
dan ekonomi merudum.
Mereka berjaya dalam objektif no. 2 !.
Hari ini perniagaan dan individu menghadapi masalah untuk
membayar hutang mereka. Yang menghadapi kebangkrupan cukup tinggi. Wang lebih
banyak dikeluarkan untuk membayar hutang dari membayar dividen untuk pemegang
saham. Seluruh dunia menghadapi krisis kemelesetan global.
Bursa saham merudum seluruh dunia, individu dan dana
pencen melihat harta mereka hilang dan kerajaan – kerajaan mendapati hutang
mereka semakin membimbangkan.
Mereka telah berjaya membuang trend aliran kewangan
R&D. Jelasnya , krisis kredit ini memperlihatkan bahawa dunia sebenarnya
dibina atas hutang dan dengan membekukan kredit akan membawa kepada kemusnahan
total kepada ekonomi.
Ketika kerajaan – kerajaan dunia sibuk menyelamatkan bank
– bank (bailout), kesan tahap kedua keatas korporat besar mula nampak.
Pelanggan tidak berbelanja, barang tidak terjual, gaji tidak dapat dibayar dan
hutang gagal dilunaskan kepada bank. Kita melihatnya sekarang dan saya rasa
impaknya lebih besar daripada apa yang telah berlaku kepada bank – bank. Lihat
pada gergasi ekonomi seperti GM, GE dan Ford.
Ini semua berlaku kerana kartel perbankan berjaya menukar
shif trend dari R&D.
4. Permainan yang dipanggil"Bail-Out"
Objektif ke 3 FDR ialah korporat bailout. Jika bank,
korporat atau mana – mana Negara dunia ketiga menghadapi masalah hutang yang
banyak kepada kartel perbankan, FDR akan pergi ke Kongres dan menyuruh mereka
menyelamatkan bank atau korporat tersebut kerana jika tidak ribuan rakyat
Amerika akan hilang pekerjaan, bank yang terlalu besar jika jatuh boleh membawa
kesan domino dan menjatuhkan banyak bank.
Jika kamu melihat TV dan suratkhabar , kamu akan lihat
fenomena ini (bailout) di seluruh dunia.
Morgan Stanley, AIG, Freddie Mac, HBOS, Bank of Scotland
antara sebahagian yang disebut. Oleh kerana Kongres tidak mahu bertanggungjawab
keatas apa yang berlaku, merekamula menggunakan wang pembayar cukai untuk
menyelamat bank dan korporat.
Kerajaan Eropah beberapa bulan dahulu berjanji menyuntik
European 2.7 trillion US dollar untuk menyelamat system perbankan mereka.
Amerika sudah membelanjakan 300 billion US dollar dan berjanji menyuntik 700
billion lagi pada masa terdekat. Ini tidak termasuk Russia dan lain – lain
kerajaan. Ini tidak meninggalkan kesan lansung kepada saham yang merudum
seluruh dunia. Apabila syarikat pengeluar seperti GM atau GE mula menghadapi
masalah, kita akan lihat krisis ini akan menjadi parah.
Ini semua kerana leverage fractional banking tanpa had.
Kita semua akan menjadi mangsa hiperinflasi secara besar – besaran. Ketika
kerajaan menyelamatkan bank – bank dan korporat besar, kitalah akan menjadi
mangsa . Tetapi tiada siapa ya membantah dan tiada revolusi pun yang berlaku.
Adakah kita akan melihat sahaja ?
5. Riba sebagai kunci kepada kuasa – Asas kepada FIAT
Banking
Lihat pada cth. ini dan apakah kesannya kepada kita:
Rumah 100 ribu : 30 ribu USD untuk tanah dan 70 ribu USD
untuk kontraktor.
Deposit 20 ribu dan pinjamam 80 ribu dengan gadaijanji 30
tahun dengan interest 10 %.
Bank mendapat 172 ribu USD keuntungan dari interest. (2.5
kali ganda dari kos barangan dan buruh)
Kita mesti menyangka bahawa Bank tidak dapat menggunakan
80 ribu USD selama 30 tahun kerana wang tersebut telah dipakai orang. Time
value money. Tetapi bukan wang ini tuan – tuan, wang ini sebenarnya tidak ada
dan dicipta atas angin.
Cuba tuan – tuan darabkan dengan setiap rumah, bangunan,
kilang, peribadi, pinjaman korporat , kerajaan , gudang, peralatan, kapal laut,
kapal terbang, pelaburan dan kamu tak terbayang lagi bagaimana nak menghitung
kekayaan mereka. Kamu akan ingat yang kaya semakin kaya, sebenarnya ini
bukanlah tujuan mereka dengan wang ini. Kalau kamu memiliki semua wang yang
ada, apalagiyang kamu hendak ? KUASA Mereka membeli pengaruh, membeli manusia,
organisasi, kerajaan, pencetakan , media, NGO dll – namakan apa sahaja. Matlamat
terakhir mereka ialah New World Order, Satu kerajaan dunia, satu mahkamah, satu
pengutip cukai , dan satu matawang !